Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:Siapa yang masih tidak meninggalkan sifat bohong dan terus melakukannya maka tidak perlu baginya di sisi Allah meninggalkan makan dan minum (berpuasa). (hr. Bukhari-Jawahirul Bukhari)
Siapa yang memberi zakat fitrah,Allah akan memberinya 10 perkara:Badannya bersih dari dosa-dosa,dibebaskan dari neraka,puasanya diterima,jaminan masuk syurga,keluar dari kubur dengan aman,semua kebaikannya tahun itu diterima,kepastian menerima syafaat/pertolongan nabi di hari Kiamat,melintasi Siratal Mustaqim seperti kilat,timbangannya berat dengan kebaikan,Allah hapuskan,namanya dari senarai orang yang celaka. (Duratun Nasihin)
Siapa yang memberikan zakat fitrah,maka dari setiap butir pemberiannya itu akan diberikan 70 ribu perbendaharaan yang tiap satunya sejauh timur dan barat. (Miskat Anwar)
Berzakatlah di hari raya dan lakukan amal kebajikan seperti solat,zikir,tasbih dan tahlil.Kerana sesungguhnya hari raya adalah hari Allah mengampuni kamu sekelian,memperkenankan doa dan memandangmu dengan rahmat. (Duratul-wa'Izin-D.Nasihin)
Dari jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:Di akhir Ramadhan menangislah bumi,langit dan para malaikat kerana kecelakaan yang menimpa umat Muhammad.Rasulullah s.a.w ditanya mengenai musibah itu.Baginda menjawab:Musibah itu ialah berakhirnya Ramadhan,kerana sesungguhnya doa di bulan Ramadhan semuanya diperkenankan,sedekah diterima dan kebaikan dilipatgandakan ganjaran pahalanya serta seksaan ditolak. (hayatul Qulub-D.Nasihin)
Menjelang Aidilfitri,Allah menghantar para para malaikat ke bumi bagi tiap negeri,mereka berseru:Wahai umat Muhammad keluarlah kamu semua menuju kpd Allah Yang Maha Pemurah.Bilamana mereka keluar ke tempat solat masing-masing,Allah berfirman:Saksikanlah wahai para malaikatKU bahawa sesungguhnya Aku memberi ganjaran?pahala bagi puasa mereka.
(Duratun Nasihin)
Dari Wahab b. Mambah katanya Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya Iblis yang dilaknat akan menjerit di setiap hari raya,maka berkumpullah ahli keluarnya mereka bertanya:Tuanku,siapakah yang menyebabkan tuanku murka?Biarlah kami memusnahkan mereka.Jawab Iblis:Tiada apa-apa kecuali Allah memberi keampunan pada umat ini pada hari ini.Kamu mestilah pastikan biar mereka sibuk dengan kelazatan/kenikmatan,keinginan nafsu dan arak sehingga Allah murka semula pada mereka. (Duratun Nasihin)
Sesiapa yang mengiringi Ramadhan dengan puasa 6 hari di bulan Syawal,ia akan diberikan ganjaran seperti berpuasa sepanjang tahun. (Bukhari Muslim)
Friday, September 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
umat akhir zaman nih.... dah rasa macam tiada NERAKA.... buat apa saje sesuka mereka......
ReplyDeletesalam aidilfitri utk kamu
salam aidilfitri..thankss
ReplyDelete