Sunday, October 25, 2009

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat


sotongkering2.jpg
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan. 
Masih halal dan selamatkah makanan kita..di dunia ini..Segalanya mengundang penyakit ..
sumber..BHarian 










4 comments:

  1. its good info bagi sesiapa tak baca surat khabar macam aku

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah..

    Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini..risau rasanya nak makan apapun sekarang ni..macam2 pengawet yg berbahaya tetapi tetap berlambak2 kat pasaran macam none of your business jer pun..

    ReplyDelete
  3. Infonya sangat bermanfaat tuh.
    Salam kenal ya....

    ReplyDelete