Friday, December 4, 2009

AMALAN MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja 
 Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
 keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
 akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


 Sebelum Masuk Ke Rumah

 Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
 dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
 dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

 Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
 solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
 seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
 yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
 menjawab salam malaikat itu.



 Ketika Sakit

 Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca  surah Al-Ikhlas sewaktu
 sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
 akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
 sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
 dalam Tadzikaratul Qurthuby).

 Khatam al-Quran

 Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
 kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
 sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
 mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.   Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat 

tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada  Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada
 waktu itu) tidak tahu apa  yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah
 Al-Ikhlas tiga kali.  Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina
 Ali betul.  Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
 membaca 10 jus kitab Al-Quran.   Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
 qatamlah Quran kerana ianya  sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
  Pahala Membacanya

 Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah  bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
 israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
 sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada  tiap-tiap sendi itu terdapat padang
 sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
 Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
 Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut  maka berkata mereka:
 Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
 orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, 

Allahhus Somad itu  tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis  pada sayap malaikat Israfil a..s.

 Nota


 Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
 ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
 'Sampaikanlah  pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila
 matinya seseorang anak Adam
 itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

    (1) Sedekah/amal jariahnya,
    (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan                 

    (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment