Sunday, December 27, 2009

10 PERKARA BURUK COCA-COLA

Salam semua Salam MAAL HIJRAH dan salam Tahun baru 2010 tak lama lagi ni..Topik hari ni adalah AIR
Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air
nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10
'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi.Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari
seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke :

Coca Cola. Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur
atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke
dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,
[bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu
dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada
tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab
hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul
ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum
tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan
menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,
F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun
coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalammulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer!
Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para
peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama
cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
[Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!,
time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll
Read More..

Friday, December 4, 2009

AMALAN MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja 
 Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
 keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
 akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


 Sebelum Masuk Ke Rumah

 Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
 dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
 dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

 Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
 solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
 seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
 yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
 menjawab salam malaikat itu.



 Ketika Sakit

 Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca  surah Al-Ikhlas sewaktu
 sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
 akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
 sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
 dalam Tadzikaratul Qurthuby).

 Khatam al-Quran

 Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
 kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
 sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
 mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.   Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat 

tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada  Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada
 waktu itu) tidak tahu apa  yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah
 Al-Ikhlas tiga kali.  Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina
 Ali betul.  Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
 membaca 10 jus kitab Al-Quran.   Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
 qatamlah Quran kerana ianya  sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
  Pahala Membacanya

 Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah  bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
 israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
 sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada  tiap-tiap sendi itu terdapat padang
 sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
 Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
 Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut  maka berkata mereka:
 Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
 orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, 

Allahhus Somad itu  tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis  pada sayap malaikat Israfil a..s.

 Nota


 Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
 ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
 'Sampaikanlah  pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila
 matinya seseorang anak Adam
 itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

    (1) Sedekah/amal jariahnya,
    (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan                 

    (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Read More..

Monday, November 30, 2009

EKONOMI KAPITALIS AKAN HANCUR

Salam semua dan Salam Aidiladha..
Simpan emas bebanyak yer,,,mari kita baca dan fikirkannya...dan beli dan simpanlah emas,sebab suatu waktu nanti duit kertas kita tidak laku dan yang laku hanyalah EMAS dan PERAK..seperti sejarah yang berlaku pada pelarian Kemboja..Mereka lari ke Malaysia bukan bawa duit mereka tapi bawa Emas ke sini.Tengok sekarang ramai orang Kemboja ramai yang kaya-raya..coba pada masa tu lari bawa duit mereka. agak2 laku tak duit tu kat sini..

Simpa EMAS Kalau kena zakat pun, bukan utk saper pun, utk mereka yang tak berkemampuan jugak… bayar cukai bebanyk pun buat aper, bagi kat kroni kerajaan buat rumah besar-besar dan event besar besar yg hanya utk mereka yg kaya jer,,,


From: Alwi, Rizal [mailto:Rizal.Alwi@cytec.com]
Sent: Monday, June 16, 2008 12:10 PM
To: undisclosed-recipients
Subject: FW: Fw: Jangan simpan duit....(for our further action. important!)
 

 Jangan simpan duit..?

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant
ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda
ni.Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan
inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say.... dlm
masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50   18 tahun
akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year
lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn
interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita
akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar
dan selamat." "pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd &
3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia
meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan
ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka
ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam
yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti
akan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank.
Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.
Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak
mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian
Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2
Bush, professor di Havard dan Oxford , org2 kuat IMF, Bank Dunia dan
segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse,
keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia
1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku
tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana
mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince,
KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah
nak hancur tak lama lagi.. Jadi org sekarang beli duit emas yg
dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di
Labuan . Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit
emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan
Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal
masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik).
Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm
bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak
akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak
boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia
pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak
keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian,
utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN,
BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah
teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters
dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi
bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator,
Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media
mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2
pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research
pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir
berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis.
Rezab emas terbesar berada di US dan Europe . Nak ambil emas, mereka
tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2
Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet
mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia,simpan duit kertas yg menurut pakar
ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA
INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak
dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di
masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee
(sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada
tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi
tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran
kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan
"bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang
pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja.
Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa
kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no
comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri
lak pergi US . Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga
nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik
atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan
duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat
daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I
don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia,
dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan
kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH
BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi
penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia
1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-
Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia
terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT
KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US
sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA
BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke
negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang
berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk
rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of
growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for
the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only
one direction for the dollar to go - lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as
TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic
system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75%
chance of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran
sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.

Wallahualam

Read More..

Sunday, November 22, 2009

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI

Salam semua..Syukur pada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha  Penyayang..Jemaah Haji kita selamat sampai ke Tanah Suci dengan selamat.Mungkin para pembaca ada yang telah menghantar Ibubapa,Datuk,saudara mara dan sahabat ke tanah Suci..Alhamdulillah hari ni saya nak berkongsi mengenai Rukun Haji iaitu melontar batu di JAMRATUL ULA,WUSTA dan AQABAH..sila baca dan sebarkan ia...
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Obelisk juga dikenali sebagai "cleopatra’s needle". Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

 

"The obelisk symbolized the sun god Ra, or Re, and during the brief religious reformation of Akhenaten was said to be a petrified ray of the Aten, the sundisk. It was also thought that the god existed within the structure."
Obelisk diasaskan dari "Sun Pillar" seperti ini:
 

 
Bentuknya boleh digambarkan sebagai satu tiang yang bersegi empat dengan piramid kecil pada puncaknya. Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Egypt (8 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
  • Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
  • Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
  • Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
  • Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
  • Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
  • Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
  • Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

France (1 buah):
  • Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah):
  • Caesarea obelisk

Italy (11 buah, termasuk sebuah yang terdapat di Vatican City):
  • 8 di Rome
  • Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
  • Boboli Gardens (Florence)
  • Urbino

Poland (1 buah):
  • Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turkey (1 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London
  • Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
  • Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
  • Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

United States (1 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York

Ketamadunan yang terlibat dalam penggunaan obelisk ini ialah:
  • Egypt
  • Assyria
  • Axumite/Ethiopian
  • Ancient Roman
  • Byzantine
  • Keralian
  • Pre-Columbian

Obelisk aka Cleopatra’s Needle berdiri megah di:
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

The Obelisk you see above was brought from Egypt and erected at the Vatican.

Obelisk of Ramses II on the left and a 3/4 view on the right.
This Obelisk erected by Queen Hatshepsut (1473-1458BC)



Below is a map with locations of all the Obelisks in the World


The Egyptians worshipped the sun, also known as Baal and the Obelisk was their tool to do so. Now ask yourself, why would an ancient symbol right out of Baal worship be placed as an official statue in the capital city of a Nation.

Have you ever seen the Washington Obelisk with the lights on at the top?

SEMUA KEPERCAYAAN, GAYA HIDUP, PEMAHAMAN, BAWAAN, DAKWAH, MEDIA HIBURAN DAN SEBAGAINYA DARI BARAT IALAH HASIL DARI "SERAPAN" AGAMA PAGAN (PENYEMBAH BERHALA)

Read More..

Saturday, November 14, 2009

Kisah Kamal Atartuk Dajal





ANTARA DASAR-DASAR PEMERINTAHAN ATARTUK

1. Membenarkan perempuan memakai tudung dengan memakai skirt.
2. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
3. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
4. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7. Mengimport para arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung dan tugunya di seluruh bandar Turki.
8. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
9. Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara.
10. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
11. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
12. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada masjid dijadikan gereja.
13. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
14. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
15. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
16.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
17. Mengganggap dirinya tuhan seperti firaun. Pernah salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

1. Mendapat penyakit kulit hingga ke kaki dan merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Ketika mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Akhirnya, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke muzium Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

moral..jangan kita meniru segala perbuatan KA ni..sumber sabah.org Read More..

Monday, November 9, 2009

PERINGATAN




Salam semua..cuba sahabat pembaca tenung betul-betul ayat2 diatas betulkah ayat AL-QURAN
jangan sampai terpedaya dengan benda-benda gini..Musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan orang islam..Jangan sampai terbeli dan tergantung kat rumah..Tengok betul2 ayat Al Quran atau surah Injil..(Kristian).Inilah agenda kristian mahu menyesatkan Umat Muhammad S.A.W.Marilah kita kembali ke jalan ALLAH yang ESA.
Perhatian:
Kalau ternampak penghujungnya ditulis

"Surah Injilu Matay" (Terus reject)

Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.....Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk
menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran......sebenar ayat Bible.

PERINGAT size="3" face="Times New Roman">
Bermula pada 21-08-2006 lalu,Sebuah Gereja di Damansara telah
mengedarkan Kitab Injil dalam bahasa Melayu dinamakan AL-KITAB.
Jangan Terpedaya dgn kitab ini.
Dalam pada itu 3 jenama Air mineral
juga telah di edarkan dan telah berada di pasaran.
Air Mineral tersebut ialah
BESTARI,AL-BARAKAH dan AL-MANSUR.
Air mineral ini dikatakan telah dicampurkan dengan HOLY WATER
(Air jampi Kristian).Sesiapa yang meminumnya dikuathiri tidak dapat
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.
Ingat !!!!!! Jangan ambil air ini sekiranya diberikan secara percuma.

info ini diambil dari Blog azilas.blogspot.com..
sebarkan berita ini..wassalam Read More..

Sunday, October 25, 2009

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat


sotongkering2.jpg
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan. 
Masih halal dan selamatkah makanan kita..di dunia ini..Segalanya mengundang penyakit ..
sumber..BHarian 










Read More..