Monday, August 31, 2009
SALAM MERDEKA
wassalam..Ramadhan karimm..
lihat video bawah untuk renungan...
Read More..
Friday, August 28, 2009
IBADAH KORBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA
Salam semua..dan Ramadhan Karim..............................................................................................
Mari kita melakukan ibadah korban dan Aqiqah bagi mereka yang belum melakukan lagi..
Ini peluang kita untuk merebut pahala yang berganda di bulan puasa ini..Program ini akan dilakukan di KEMBOJA siapa yang berminat layari..
www.korbanaqiqah.com.my
Kelebihan Program ini
-
Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM225 untuk satu bahagian lembu atau RM450 untuk satu ekor kambing bagi ibadah korban. Manakala untuk ibadah aqiqah pula RM250 untuk satu bahagian lembu atau RM475 untuk satu ekor kambing. Yuran Penyertaan Aqiqah telahpun termasuk kos jamuan Aqiqah.
-
Sijil penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Biasanya pengesahan pelaksanaan akan diperolehi oleh peserta dalam tempoh 14 hingga 30 hari daripada tarikh penyertaan.
-
Korban dan Aqiqah dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.
-
Pihak penganjur akan memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja termasuk pembiayaan jamuan berbuka puasa.
Monday, August 24, 2009
Awas Topeng Baru Skim Cepat Kaya
Sekarang ni banyak syarikat yang menawarkan marketing plan yang kononnya yang jauh lebih senang dan cepat menguntungkan. Malah ada diantaranya yang menyatakan tak perlu menaja, tak perlu beli produk dan sebagainya.
Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah…bukan main lagiii..
Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah… kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelar Smart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi.Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar RM500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, RM5000 dan u akan dapat post dated cheque RM9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla…
***artikel ini dipetik dari Dil forum jutawan emas..anda dibenarkan copy dan sebarkan kepada kekawan dan saudara mara supaya mereka tak tertipu..
wassalam...
Sunday, August 23, 2009
Berita Baik Ebook Rahsia Emas Di buka Semula
Ebook Emas-Emas Yang Hilang versi update telah dibuka semula..terhad untuk 1000 pembeli sahaja.. Dapatkan sebelum kehabisan..banyak ilmu dan rahsia2 emas diturunkan..
disini.. Read More..
SALAM BERPUASA
Ramadhan (Bahasa Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ”
— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.. .petikan dari rumahku
Thursday, August 20, 2009
Selamat Berpuasa
Tak lama lagi kita Umat Islam akan memasuki bulan Ramadhan..bulan yang penuh dengan Barakah..dimana umat islam akan berpuasa selama sebulan..Semoga tahun ini kita akan dapat berpuasa penuh tanpa ada gangguan dari dalam dan luar...Semoga kita terhindar dari sebarang penyakit yang bahaya serta mendapat RAHMAT selalu dari ALLAH S.W.T..Amiin..
Isu hari ni berkenaan dengan Arak yang tak habis2 dari dulu hingga sekarang..isu ni dipetik dari web PPIM.....Apa pendapat anda..
|
KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG MASALAH PENJUALAN ARAK DI KAWASAN MAJORITI PENDUDUK UMAT ISLAM |
Thursday 13 August 2009 - 15:10:27 |
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak penjualan arak diharamkan di semua kawasan yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Isu penjualan arak ini tidak boleh dikompromi malahan mereka yang bukan beragama Islam tidak wajar menyokong penjualan arak di kawasan kediaman umat Islam dan memberikan pendapat kerana ia berkaitan dengan soal hukum dalam Islam dan status Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Mereka yang bukan beragama Islam harus akur dan tidak cuba berlagak pandai kerana agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Sebarang cubaan untuk mencabar maruah agama Islam adalah seolah-olah mencabar umat Islam di negara ini. Tindakan Ronnie Liu campurtangan dalam isu arak di Selangor amat dikesali kerana tindakan itu seolah-olah mencabar maruah serta hak umat Islam. Yang haram adalah jelas haram dalam Islam. Pemimpin, ahli politik serta masyarakat umat Islam tidak seharusnya membiarkan penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam dibenarkan kerana isu ini bukan isu untuk dipolitikkan tetapi adalah mengenai isu keberanian umat Islam mempertahankan hak mereka dan maruah agama Islam. Rakyat negara ini juga perlu menerima dan faham fakta sejarah berhubung kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan jangan cuba untuk campurtangan urusan berhubung hukum dan peradaban umat Islam yang merupakan agama identiti bangsa Melayu. Kerajaan negeri dan pusat juga digesa mewujudkan segera akta berhubung penjualan arak bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan. Kerajaan negeri dan pusat juga harus lebih prihatin dalam menangani permasalah berhubung hak umat Islam kerana banyak permasalahan berhubung kepentingan umat Islam seperti akta Halal dan Akta Berhubung Penyalahgunaan Ayat Al - Quran masih gagal digubal hingga mengakibatkan diskriminasi, kerugian dan penghinaan terhadap umat Islam di negara ini.[END] NOOR NIRWANDY B MAT NOORDIN PENGARAH PROJEK PPIM |
Sunday, August 16, 2009
AMARAN,AMARAN,AMARAN
hari ni dapat email berkenaan dengan penyakit babi tu atau H1N1 berkenaan fakta dari WHO
5 juta tu..satu jumlah yang tak sikit..apakah kita bersedia..Cegah sebelum parah..
Saturday, August 15, 2009
DAJJAL MULA MENGGANAS
Hari ni jalan-jalan cari maklumat termasuk blog Laman penerbit HRP oleh Hijjaz
terpandang tajuk buku "Membongkar Misteri Dajjal"Ok juga buku ni..Nanti akan saya dapatkan
melalui Blog ni...http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/ Read More..
Thursday, August 13, 2009
AlFATIHAH
Mencari Semua Yang Halal
Dalam hidup ini bab mencari yang HALAL bukanlah tertumpu kepada makanan sahaja..
serba-serbi kena halal selagi kita orang Islam dan mungucap 2 kalimah syahadah....
Jika kita nak meminjam tak kira pinjaman rumah,kereta,peribadi dan lain2 kena buat cara
Islam..Pinjaman berasaskan Islam..perbankan Islam sekarang dah banyak..tak macam dulu..
Begitu juga nak melabur kena cari yang perlaburan mengikut syariah....Insurans juga kena cari
yang Islam seperti Takaful..Macam2 Takaful sekarang ni ada..Pilihlah yang berkenan..jangan masuk yang tak takaful sudah....sila ke pautan blog muslim untuk maklumat lanjut...
wassalam... Read More..