Sunday, August 16, 2009

AMARAN,AMARAN,AMARAN

Salam semua..
hari ni dapat email berkenaan dengan penyakit babi tu atau H1N1 berkenaan fakta dari WHO
Semalam, WHO mengeluarkan satu amaran bahawa kira-kira 5 juta rakyat Malaysia bakal dijangkiti virus H1N1 jika tiada langkah pencegahan serius diambil. Ini akan diburukkan lagi dengan musim tengkujuh yang bakal melanda menyebabkan virus ini lebih mudah merebak dan kementerian kesihatan akan gagal mengawal sepenuhnya.

Hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana hospital dan klinik samada dimiliki oleh kerajaan mahupun swasta "tidak menang tangan" melayan begitu ramai pesakit yang mempunyai simptom H1N1. Cuba anda bayangkan bagaimana hospital dan klinik ini mampu melayan 5 juta pesakit H1N1 dalam satu masa?

Akibatnya, akan berlaku kes-kes kelewatan mendapat rawatan dan sebagainya. Statistik terbaru menunjukkan 40% kematian penghidap H1N1 adalah disebabkan kelewatan mendapat rawatan.

Lalu apa solusi kepada masalah ini? Saya bertanya ini ialah bagi pihak saya dan juga anda. Tidak siapa tahu mungkin esok atau lusa kita pula yang akan dijangkiti!

Penyelesaiannya ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan kerana mencegah ialah lebih baik daripada merawati. Langkah pencegahan terbaik ialah dengan menguatkan antibodi badan dan memperbaiki sistem yang melibatkan paru-paru.
5 juta tu..satu jumlah yang tak sikit..apakah kita bersedia..Cegah sebelum parah..

No comments:

Post a Comment