Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Salam semua...
Tak lama lagi kita Umat Islam akan memasuki bulan Ramadhan..bulan yang penuh dengan Barakah..dimana umat islam akan berpuasa selama sebulan..Semoga tahun ini kita akan dapat berpuasa penuh tanpa ada gangguan dari dalam dan luar...Semoga kita terhindar dari sebarang penyakit yang bahaya serta mendapat RAHMAT selalu dari ALLAH S.W.T..Amiin..
Isu hari ni berkenaan dengan Arak yang tak habis2 dari dulu hingga sekarang..isu ni dipetik dari web PPIM.....Apa pendapat anda..

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG MASALAH PENJUALAN ARAK DI KAWASAN MAJORITI PENDUDUK UMAT ISLAM
Thursday 13 August 2009 - 15:10:27

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak penjualan arak diharamkan di semua kawasan yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Isu penjualan arak ini tidak boleh dikompromi malahan mereka yang bukan beragama Islam tidak wajar menyokong penjualan arak di kawasan kediaman umat Islam dan memberikan pendapat kerana ia berkaitan dengan soal hukum dalam Islam dan status Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Amat memalukan sekiranya umat Islam malahan pemimpin gagal untuk menghalang penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam. Tiada yang boleh menghalalkan yang haram apabila ia berkaitan dengan agama dan hukum dalam Islam.

Mereka yang bukan beragama Islam harus akur dan tidak cuba berlagak pandai kerana agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Sebarang cubaan untuk mencabar maruah agama Islam adalah seolah-olah mencabar umat Islam di negara ini.

Tindakan Ronnie Liu campurtangan dalam isu arak di Selangor amat dikesali kerana tindakan itu seolah-olah mencabar maruah serta hak umat Islam. Yang haram adalah jelas haram dalam Islam.

Pemimpin, ahli politik serta masyarakat umat Islam tidak seharusnya membiarkan penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam dibenarkan kerana isu ini bukan isu untuk dipolitikkan tetapi adalah mengenai isu keberanian umat Islam mempertahankan hak mereka dan maruah agama Islam.

Rakyat negara ini juga perlu menerima dan faham fakta sejarah berhubung kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan jangan cuba untuk campurtangan urusan berhubung hukum dan peradaban umat Islam yang merupakan agama identiti bangsa Melayu.

Kerajaan negeri dan pusat juga digesa mewujudkan segera akta berhubung penjualan arak bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan.

Kerajaan negeri dan pusat juga harus lebih prihatin dalam menangani permasalah berhubung hak umat Islam kerana banyak permasalahan berhubung kepentingan umat Islam seperti akta Halal dan Akta Berhubung Penyalahgunaan Ayat Al - Quran masih gagal digubal hingga mengakibatkan diskriminasi, kerugian dan penghinaan terhadap umat Islam di negara ini.[END]

NOOR NIRWANDY B MAT NOORDIN
PENGARAH PROJEK PPIM

No comments:

Post a Comment